BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 15, 2011

mat rempit

assalammualaikum dan salam sejahtera kepada yang membaca blog saya ini...saya ingin bertanya kan kepada anda semua tentang mat rempit..ramai antara kita menganggap semua penunggang motorsikal adalah mat rempit..
contohnya saya ini saya seorang penunggang motorsikal tetapi tidak pernah pun menunggang secara melulu macam mat rempit..membuat villey dan vican macam sesetengah mat rempit..

di sini saya ingin bertanya kepada anda patut kah semua penungang motorsikal di anggap mat rempit atau samseng jalanan lah...macam motorsikal yang sudah tua adakah kita menganggapnya sebagai mat rempit  padahal diorang bawa motorsikal pun x sampai 80km....

sebagaimana yang berlaku pada saya dahulu saya mengalami kemalangan antara motorsikal yang saya naiki dengan kereta....pada masa itu saya ingin memotong kereta kerana bergerak terlalu perlahan...saya memotong di sebelah kanan,tidak sampai separuh badan kereta itu saya memotong ia pun membelok kesebelah kanan dan saya pun melanggar kereta itu padahal pada mase itu kerta itu tidak bagi signal sebelah kanan pun...

saya mengalami luka sedikit dan kaki bengkak...pada masa yang sama tuan punya kereta marah kepada saya kerana memotong dan menganggap sya membawa moto macam mat rempit...adakah itu salah saya padahal itu salah dia....kami menyelesaia masalah di situ sahaja...

saya dibawa ke hospital oleh kawan saya..sampai disana doktor membuat x-ray ke kaki saya kerana bimbang kaki saya ada tulang patah...tetapi semua nya ok sahaja...selesai membuat x-ray nurse menyapu ubat di tempat luka dengan perlahan sahaja kerana tdak tahu saya penunggang motorkal..selepas itu doktor bertanya kepada saya'kamu berlanggar dengan apa???'saya menjawap'saya naik motor berlanggar dengan kereta'

mendengar perkataan motor nurse yang menyapu ubat tadi dengan kuat sehingga saya bertambah sakit...adakah nurse tadi menganggap saya ni mat rempit????saya  pun tidak tahu....

saya ingin bertanya kepada anda adakah semua penunggang motor mat rempit...
jawap dan komen di blog saya ya....

                                                                                                                              sekian terima kasih

0 comments: